sejarah perkembangan sekolah
SMKBA terletak di kawasan Bawang Assan iaitu kira-kira 30 km dari bandar Sibu. Sekolah ini mula dibuka pada awal Januari 1988 oleh En. Azmi bin Junid, Pengarah Pendidikan Sarawak pada masa itu. Pada waktu itu, kawasan sekolah ini hanya mempunyai dua buah bangunan dua tingkat, sebuah astaka dan dua buah flat guru. Pada waktu tersebut juga, sekolah ini hanya boleh dihubungi dengan menggunakan pengangkutan air seperti bot ekspress dan perahu sahaja memandangkan tiada kemudahan jalan darat.
Setelah dua puluh tahun dibina sekolah ini mempunyai banyak revolusi dari segi fizikal mahupun penghunyinya selaras dengan kepesatan kemajuan teknologi masa kini. Sekarang SMKBA sudah boleh dihubungi dengan jalan darat yang hanya mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja dari bandar Sibu. Sekolah ini juga sudah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik telefon dan sebagainya.
Setelah dua puluh tahun penubuhannya, sudah empat orang pengetua dan dua orang pemangku telah menguruskan pentadbirannya. Bermula dengan En. Adin Brooke (Jan 1988 – Dis 1991), Tn. Hj Madian Sejeli (Pemangku, Jan 1991 – Nov 1993), En. Leslie Gandi (Nov 1993 – Dis 1944), sebelum dipangku oleh Cik Sakiah Uji (Jan 1955 – Dis 1955). Pada bulan Mei 1966, En. William Baja Jap mula mengambil alih pentadbiran. Tugas beliau diteruskan lagi oleh En. Kandou Anak Ngadi bermula dari Januari 2005 sehinggalah September 2015. Seterusnya diteraju oleh En. Lau Siah Teck sehinggalah Januari 2018. Setelah itu SMKBA diteraju oleh En. Abdul Rahman bin Abdullah @ Nicholas (Jan 2018 – Feb 2023). En. Leo Anak Matthias Kamandan pula menerajui SMKBA dari Mac 2023 – Okt 2025 dan kini SMKBA diteruskan lagi oleh Tn. Pengetua, En. Kong Chiong Hui bermula 16 Oktober 2025 sehingga sekarang.
Sehingga kini, beberapa perubahan dan penambahbaikan kepada prasarana sekolah telah dilakukan. Pertama, blok Asrama Lelaki, Blok Akademik dan Blok Pentadbiran telah dicat semula. Kemudian sistem paip tandas lelaki telah dibaiki dan dicat semula. Pondok sekuriti yang using berjaya dibina semula dan pada masa yang sama kantin sekolah juga dibesarkan untuk keselesaan murid makan dan rehat pada waktu rehat sekolah.
Pada bulan September 2017, satu projek gotong royong membina lorong jalan kaki yang menghubungkan Blok Akademik dengan Dewan Makan telah bermula dengan Wang Kutipan Jogathon Anjuran PIBG Sekolah. Lorong tersebut telah siap dibia selepas dua bulan dan kini pelajar tidak perlu risau dengan cuaca panas atau hujan semasa pergi ke Dewan Makan.
Akhir kata, kemajuan Sekolah samada dari segi kemudahan atau kemenjadian murid tidak akan terhenti selagi SMK Bawang Assan menjadi sekolah pilihan ibubapa di sekitar kawasan Bawang Assan. Sekian…..
